Hadiah terindah Hari Bapa.

 

Encik Zainuddin Bin Adam, Pekerja Rendah Am (PRA) SWM Environment Cawangan Jempol di Negeri Sembilan, hari ini menerima Anugerah ‘Hero Pekerja Pembersihan Negeri Sembilan 2020′ daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Puan Hajah Zuraida Kamaruddin sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2020 di Ibu Pejabat SWCorp.

 

Bapa yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kerjanya bukan sahaja berjaya membesarkan kedua-dua anaknya hingga ke peringkat pengajian tinggi, malah turut menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Negeri Sembilan dengan menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada tahun 2020 sempena Hari Keputeraan yang ke -72, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Bapa penyayang ini turut menjadi contoh kepada rakan-rakan untuk meneruskan kerjaya dengan amanah, bertanggungjawab dan mendengar arahan ketua agar tugas dapat dilaksanakan dengan baik.

 

Tahniah dan moga terus maju jaya.

 

#heropekerjapembersihan

#garbagemanday2020

#swmenvironment