Tentang Kami

SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah dilantik pada tahun 1995 di bawah perjanjian konsesi yang dikawal di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara 2007, untuk bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebagai syarikat konsesi terbesar di Malaysia, SWM Environment, melalui tenaga kerja yang seramai 12,000 orang, berkhidmat kepada 27 pihak berkuasa tempatan, 1.5 juta premis kediaman dan komersial dengan lebih daripada 5.1 juta orang bagi liputan geografi 28,500 kilometer persegi. Untuk maklumat korporat yang lebih lanjut, sila layari laman web: www.swmenvironment.com.