PENDAFTARAN
1. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan diri sebagai ahli KITARecycle?
Pendaftaran secara dalam talian di www.kitarecycle.com atau melalui aplikasi KITARecycle yang boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store.
2. Berapakah bayaran yang ditetapkan bagi setiap pendaftaran ahli KITARecycle?
Keahlian KITARecycle adalah percuma dan hanya terbuka kepada penduduk di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
3. Adakah sebarang syarat miminum ditetapkan berbentuk jumlah keahlian di kawasan perumahan bagi membolehkan setiap ahli memperoleh manfaat program KITARecycle sepenuhnya?
Tiada pendaftaran minimum diperlukan sebagai syarat minimum untuk sebarang kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, keahlian dan kutipan barangan kitar semula yang tinggi membolehkan penempatan kemudahan sangkar kitar semula bagi memudahkan penduduk setempat menempatkan barangan kitar semula mereka pada bila-bila masa.
4. Adakah keahlian KITARecycle mempunyai sebarang tarikh luput?
Keahlian KITARecycle adalah percuma seumur hidup. Walau bagaimanapun, bermula tahun 2024, mata ganjaran kitar semula yang diterima daripada program KITARecycle hanya sah digunakan selama tempoh dua (2) tahun bermula daripada tarikh urus niaga direkodkan ke dalam sistem. Mata ganjaran akan luput secara kaedah ‘Masuk Dulu Keluar Dulu’ apabila mencapai tempoh dua (2) tahun daripada tarikh mata ganjaran diperoleh. Contohnya, mata ganjaran yang diperoleh pada 1 Januari 2024 akan luput pada 1 Januari 2026.
5. Apakah langkah perlu saya ambil sekiranya saya yang sebelum ini merupakan pengguna aplikasi KITARecycle versi terdahulu dan kini gagal untuk mendaftar masuk ke dalam portal baharu KITARecycle? Adakah saya perlu mendaftar akaun KITARecycle yang baharu?
Proses pemindahan maklumat pengguna KITARecycle telah dilaksanakan secara automatik ke dalam platform baharu lengkap dengan butiran terdiri daripada nama (seperti di dalam MyKad), nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang telah disahkan.
Pengesahan e-mel menggunakan alamat e-mel yang sah dan didaftarkan ke atas platform KITARecycle akan membolehkan anda untuk akses ke portal baharu KITARecycle. Pengguna akaun KITARecycle boleh mengemaskini atau membetulkan butiran yang didaftarkan di platform KITARecycle melalui kiriman e-mel kepada support@kitarecycle.com atau pesanan WhatsApp kepada 012 618 0082 bagi membolehkan maklumat keahlian lengkap dipindahkan ke platform baharu KITARecycle.
MATA GANJARAN KITAR SEMULA
1. Bagaimanakah pengguna memperoleh mata ganjaran kitar semula KITARecycle?
Setiap akaun KITARecycle akan disepadankan dengan kod unik QR yang memiliki nombor siri keahlian pengguna.
Pengumpulan mata ganjaran memerlukan setiap ahli KITARecycle melaksanakan pengasingan barangan kitar semula daripada sisa baki ke dalam bungkusan berpelekat kod unik QR atau bercatatan nombor siri keahlian pengguna secara jelas yang akan dikutip.
Bungkusan barangan kitar semula boleh dihantar ke fasiliti KITARecycle yang berdekatan. SWM Environment tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas barangan kitar semula yang hilang atau diambil oleh pemungut sampah sebelum pengambilan yang dijadualkan.
Sebarang maklumat lanjut tentang lokasi Sangkar KITARecycle yang berhampiran dengan anda boleh diperoleh melalui kiriman pesanan WhatsApp kepada 012 618 0082 atau e-mel support@kitarecycle.com.
Setiap bungkusan barangan kitar semula yang dikutip oleh SWM Environment akan dihantar ke pusat pengasingan sisa pepejal bagi tujuan imbasan, timbangan dan catatan kutipan barangan kitar semula – maklumat berkenaan akan dipindahkan ke dalam akaun ahli KITARecycle berbentuk mata ganjaran kitar semula.
2. Adakah mata ganjaran kitar semula akan luput?
Mata ganjaran kitar semula yang direkodkan bermula 1 Januari 2024 ke dalam akaun setiap ahli bertarikh luput selama dua (2) tahun secara kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu apabila mencecah tempoh ditetapkan. Sebagai contoh, mata ganjaran direkodkan pada 1 Januari 2024 akan luput pada 1 Januari 2026.
3. Bagaimanakah proses semakan mata ganjaran terkumpul boleh dilakukan oleh ahli KITARecycle?
Semakan status mata ganjaran kitar semula terkumpul boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal KITARecycle di www.kitarecycle.com atau menerusi aplikasi KITARecycle yang boleh dimuat turun daripada Apple Store atau Google Play Store. Terdapat barangan kitar semula seperti sisa elektronik yang perlu melalui proses pengesahan (seperti proses semakan sisa elektronik berkomponen lengkap) dan memerlukan suatu tempoh masa sebelum mata ganjaran direkodkan di dalam sistem. Sila kirimkan e-mel kepada support@kitarecycle.com bagi mengetahui status pemprosesan jika transaksi kitar semula anda tidak tertera di dalam sistem selepas tempoh dua (2) minggu.
4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kod unik QR KITARecycle untuk dilekatkan pada bungkusan kitar semula?
Ahli KITARecycle boleh mendapatkan kod unik QR mereka daripada bahagian “My Profile” di portal atau aplikasi KITARecycle dan memuat turun ke dalam format PDF bagi tujuan cetakan, atau menulis nombor keahlian KITARecycle seperti “SWMxxxxxxxxxx” (rujuk bawah kod unik QR anda) secara jelas pada helaian kertas atau potongan pita pelekat pada bungkusan barangan kitar semula.
Ahli KITARecycle boleh menikmati kemudahan cetakan kod unik QR secara percuma dengan mengunjungi ke pejabat wilayah kami seperti berikut:
Negeri Sembilan
364 – 365 Jalan Haruan 7
Oakland Industrial Park
70300 Seremban 2
Negeri Sembilan
Tel: (06) 601 4276 / 78 / 80
Melaka
4B-17, 18, 19 Jalan TTC 26
Kawasan Perindustrian Cheng
75250 Melaka
Tel: (06) 335 0116
Johor Utara
3, 3A & 5, 5A Jalan Kencana 1A/25
Taman Pura Kencana
83300 Sri Gading
Batu Pahat
Johor
Tel: (07) 455 6566 / 6166
Johor Selatan
PTD 112805
Jalan Seelong
Kg Baru Seelong
81400 Senai
Johor
Tel: (07) 599 7556
Anda juga boleh layari laman Facebook SWM Environment (https://www.facebook.com/swmsb/) untuk mengetahui tentang program atau kaunter kutipan bergerak KITARecycle yang bakal dianjurkan oleh 3R Troopers di lokasi terpilih.
5. Di manakah lokasi pusat pengumpulan barangan kitar semula KITARecycle?
Ahli KITARecycle boleh menghantar bungkusan barangan kitar semula mereka di pejabat wilayah kami seperti berikut:
Negeri Sembilan
364 – 365 Jalan Haruan 7
Oakland Industrial Park
70300 Seremban 2
Negeri Sembilan
Tel: (06) 601 4276 / 78 / 80
Melaka
4B-17, 18, 19 Jalan TTC 26
Kawasan Perindustrian Cheng
75250 Melaka
Tel: (06) 335 0116
Johor Utara
3, 3A & 5, 5A Jalan Kencana 1A/25
Taman Pura Kencana
83300 Sri Gading
Batu Pahat
Johor
Tel: (07) 455 6566 / 6166
Johor Selatan
PTD 112805
Jalan Seelong
Kg Baru Seelong
81400 Senai
Johor
Tel: (07) 599 7556
Bungkusan barangan kitar semula boleh ditempatkan di Sangkar KITARecycle berhampiran atau di sebelah Tong Sampah Beroda pada hari kutipan +1 (sila rujuk kepada papan tanda jadual kutipan di kawasan perumahan anda bagi memastikan bungkusan barangan kitar semula yang ditempatkan mengikut hari dijadualkan untuk mengelakkan terdedah kepada kerugian atau kerosakan bungkusan berkenaan. SWM Environment juga tidak bertanggungjawab terhadap bungkusan barangan kitar semula ahli KITARecycle yang diambil oleh pengaut kitar semula sebelum kutipan berjadual dilaksanakan atau ditempatkan di lokasi awam).
Sebarang maklumat lanjut tentang lokasi Sangkar KITARecycle yang berhampiran dengan anda boleh diperoleh melalui kiriman pesanan WhatsApp kepada 012 618 0082 atau e-mel support@kitarecycle.com.
6. Bagaimanakah cara untuk menebus mata ganjaran kitar semula KITARecycle?
Ahli KITARecycle boleh menebus mata ganjaran kitar semula secara dalam talian di bahagian “Redemption” melalui portal KITARecycle (www.kitarecycle.com) atau aplikasi KITARecycle.
7. Apakah jenis barangan kitar semula yang mempunyai mata ganjaran di bawah program KITARecycle?
Program KITARecycle menerima lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula. Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui lebih lanjut 25 jenis dan nilai setiap barangan kitar semula.
8. Berapa lamakah tempoh masa pembayaran mata ganjaran (RP) yang telah di tebus nilai untuk dikreditkan ke akaun bank ahli KITARecycle?
Tempoh pembayaran yang bakal diterima oleh ahli KITARecycle yang membuat tebus nilai adalah dari 14 ke 18 hari bekerja daripada hari tebus nilai dibuat.
Penghantaran e-Invois Pengebilan Sendiri bagi Pengguna KITARecycle
1. Apakah itu e-Invois Pengebilan Sendiri?
E-Invois pengebilan sendiri ialah invois yang dikeluarkan oleh pihak pembayar (SWM Environment) di bawah kaedah pengebilan sendiri. Kaedah ini lazim digunakan apabila penerima bayaran—seperti individu yang tidak menjalankan perniagaan—tidak mengeluarkan invois bagi bayaran yang diterima.
2. Mengapa e-Invois Pengebilan Sendiri diperlukan?
Menurut keperluan e-Invois Malaysia, e-invois pengebilan sendiri wajib digunakan untuk transaksi-transaksi berikut:
i. Jualan barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal luar negara.
ii. Pembayaran kepada ejen, perunding atau pengedar.
iii. Transaksi individu yang tidak menjalankan perniagaan (berlaku hanya kepada hal yang berkaitan dengan e-invois pengebilan sendiri tidak terpakai).
iv. Transaksi e-dagang.
v. Pengagihan keuntungan (contohnya, pengagihan dividen) (kecuali pelepasan)
vi. Pembayaran kepada pemenang pertaruhan dan permainan (kecuali pelepasan)
vii. Pembayaran faedah (dengan pengecualian).
viii. Tuntutan, pampasan, atau pembayaran faedah daripada perniagaan insurans oleh penanggung insurans.
Oleh kerana penebusan mata ganjaran daripada KITARecycle adalah satu bentuk pengagihan keuntungan, pembayar (SWM Environment) dikehendaki untuk menjana e-invois pengebilan sendiri bagi mematuhi garis panduan e-invois.
3. Apakah akibat sekiranya gagal mengeluarkan e-Invois Pengebilan Sendiri?
Kegagalan untuk mengeluarkan e-Invois adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967. Individu atau entiti yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM20,000, penjara sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.
4. Adakah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 mengawal pemprosesan e-Invois?
Menurut Akta Kewangan (No. 2) 2023, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tidak terpakai bagi pemprosesan data peribadi yang berkaitan dengan e-Invois yang dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.
5. Bagaimanakah LHDN melindungi kerahsiaan e-Invois?
LHDN memastikan keselamatan data dengan mematuhi dasar serta garis panduan keselamatan ICT yang ditetapkan oleh LHDN. Bagi melindungi e-Invois daripada capaian tanpa kebenaran, pengubahsuaian, kehilangan atau pendedahan, LHDN melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber bertaraf industri seperti penyulitan, pengesahan, kawalan akses dan tembok api (firewall). Selain itu, LHDN turut memastikan sistemnya mematuhi piawaian ISO/IEC 27001 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) dan ISO 22301 bagi Sistem Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (BCMS).
6. Apakah maklumat yang diperlukan untuk menghantar e-Invois kepada LHDN?
Pengguna KITARecycle perlu menyediakan maklumat berikut:
· Nama penuh seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan atau pasport, atau nama perniagaan seperti yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
· Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
· Nombor Kad Pengenalan, nombor pasport, atau Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN)
· Nombor Pendaftaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)(jika ada)
· Nombor Pendaftaran Cukai Pelancongan (jika ada)
· Alamat e-mel (pilihan)
· Alamat
· Nombor telefon
· Kod MSIC (untuk perniagaan)
· Huraian aktiviti perniagaan (untuk perniagaan)
7. Apakah itu TIN?
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) adalah nombor unik yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kepada individu dan perniagaan di Malaysia untuk tujuan pendaftaran cukai.
8. TIN manakah yang perlu digunakan oleh pengguna untuk e-Invois yang dikeluarkan secara pengebilan sendiri?
|
No. |
Kategori |
Kod TIN |
|
1. |
Individu |
IG |
|
2. |
Syarikat |
C |
|
3. |
Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) |
PT |
|
4. |
Perkongsian |
D |
|
5. |
Persatuan |
F |
|
6. |
Koperasi |
CS |
|
7. |
Badan Amanah |
TA |
|
8. |
Amanah Unit / Amanah Harta |
TC |
|
9. |
Amanah Perniagaan |
TN |
|
10. |
Dana Amanah Harta / Amanah Pelaburan Hartanah |
TR |
|
11. |
Harta Pusaka Seseorang Yang Telah Meninggal |
TP |
|
12. |
Keluarga Bersama Hindu |
TP |
|
13. |
Entiti Labuan |
LE |
|
14. |
Penghibur Awam Bukan Pemastautin |
FA |
9. Bagaimanakah pembayar cukai boleh mengeluarkan e-Invois kepada pihak yang tidak mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN), seperti pembeli asing (bukan warganegara Malaysia)?
Bagi pembeli asing (bukan warganegara Malaysia) yang tidak mempunyai TIN, kami akan menggunakan TIN Am yang diperuntukkan oleh LHDN, iaitu ‘EI00000000020’. Rujuk Seksyen 10.5 dalam Garis Panduan Khusus e-Invois untuk maklumat lanjut.
10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) saya?
Anda boleh mendapatkan TIN melalui:
· Layari Portal MyTax dan pilih e-Daftar
· Mengisi maklumat anda dan klik ‘Cari’
· Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan TIN melalui
perkhidmatan Live Chat HASIL, dengan menghubungi LHDNM di talian 03-89111000
(atau +603-89111100 bagi panggilan antarabangsa), atau dengan mengunjungi
pejabat LHDNM yang berdekatan.
11. Di manakah saya boleh kemas kini maklumat e-Invois saya?
Pengguna aplikasi KITARecycle boleh mengemas kini maklumat melalui:
Akaun Saya > e-Invois
12. Boleh bagi contoh maklumat yang diperlukan?
|
Bidang |
Contoh Individu |
Contoh Perniagaan (Sekolah/NGO) |
|
Nama Penuh / Nama Syarikat |
Ali |
AA |
|
Jenis ID |
NRIC |
Tidak Berkenaan |
|
Nombor ID |
700101-10-1011 |
Tidak Berkenaan |
|
Alamat Bil |
No. |
Sama |
|
Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) |
Tidak Berkenaan |
202201234565 |
|
Nombor Pengenalan Cukai (TIN) |
IG115002000 |
C20880050010 |
|
Nombor Pendaftaran SST |
Tidak Berkenaan |
J11-8018-2000001 |
|
Nombor Pendaftaran Cukai Pelancongan |
Tidak Berkenaan |
033-2022-21000001 |
|
Kod MSIC |
Tidak Berkenaan |
55101 |
|
Deskripsi Aktiviti Perniagaan |
Tidak Berkenaan |
Hotel |
13. Apa yang perlu saya semak sebelum menghantar maklumat?
Pastikan semua butiran seperti TIN, nombor IC, atau BRN anda adalah betul dan terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses e-Invois.
14. Bagaimanakah cara menyerahkan e-Invois Pengebilan Sendiri kepada LHDN?
Hasilkan dan hantar e-Invois melalui sistem MyInvois mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LHDNM, serta pastikan ia mematuhi rangka kerja e-invois yang ditetapkan.
15. Adakah pengguna aplikasi akan menerima salinan e-Invois Pengebilan Sendiri?
Ya, pengguna aplikasi akan menerima salinan e-Invois pengebilan sendiri melalui emel, notifikasi dalam aplikasi, atau melalui kaedah pilihan lain.
16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut?
Layari https://www.hasil.gov.my/e-invois/ untuk maklumat lanjut dan sumber bantuan daripada LHDNM berkaitan e-Invois.
| No. | Category | Type | Measurement |
| 1 | Metal | Iron Can | Kg |
| 2 | Metal | Scrap Metal | Kg |
| 3 | Metal | Premium Metal | Kg |
| 4 | Metal | Aluminium Can | Kg |
| 5 | Paper | Mixed Paper | Kg |
| 6 | Paper | Book and Magazine | Kg |
| 7 | Paper | Cardboard | Kg |
| 8 | Paper | Newspaper | Kg |
| 9 | Paper | Black and White | Kg |
| 10 | Paper | Tetra Pak | Kg |
| 11 | Plastic | Hard Plastic | Kg |
| 12 | Plastic | Mixed Plastic | Kg |
| 13 | Plastic | Plastic Bottle | Kg |
| 14 | Other Class | Vehicle Battery | Kg |
| 15 | Other Class | Glass Bottle | Kg |
| 16 | Other Class | Polystyrene | Kg |
| 17 | Other Class | Used Clothes | Kg |
HAK CIPTA 2026 @SWM Environment 199601007862 (380208-V) | DASAR PRIVASI
