Biarpun segelintir pihak menganggap tugasan pembersihan awam ini remeh berbanding bidang kerja yang lain, namun sumbangan mereka dalam aspek pembersihan tidak dapat dinafikan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat.
Sebagai menghargai usaha yang dilakukan oleh mereka, satu majlis khas telah diadakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi memberi pengiktirafan kepada pekerja-pekerja pembersihan sempena sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2020.
Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YAB Hajah Zuraida Kamaruddin di Ibu Pejabat SWCorp di Cyberjaya hari ini.
Encik Tami Bin Bidin dari SWM Environment Cawangan Yong Peng telah dipilih sebagai tokoh mewakili negeri Johor sebagai Hero Pekerja Pembersihan Johor 2020.
Semoga pengiktirafan yang diberikan ini memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja yang lain untuk sentiasa memberi khidmat yang terbaik.
Syabas dan tahniah diucapkan!
#heropekerjapembersihan
#garbagemanday2020
#swmenvironment