Muat Turun KITARecycle Dengan Hanya Langkah Mudah. SWM NS Lancar "Tukaran Sisa Kepada Tunai"
Sin Chew Daily – 14 September 2020
(Seremban, 13.09.2020) Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengasingkan sampah dan sumbangan kepada bumi, SWM NS telah melancarkan “tukaran sisa kepada tunai” melalui program KITARecycle. Orang ramai hanya perlu melakukan langkah mudah bagi menerima ganjaran tunai melalui pertukaran sisa kepada wang tunai yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank.
Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn Bhd, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman menyatakan program tersebut dilancarkan pada tahun 2018 dan sehingga hari ini di Negeri Sembilan, lebih kurang 2,000 ahli berdaftar yang aktif. Ahli ini sentiasa menghantar barangan kitar semula dan menampal pelekat kod QR di bungkusan beg plastik serta menghantar ke 14 buah lokasi sangkar kitar semula yang disediakan oleh pihak SWM bagi mendapatkan mata ganjaran.
Kod QR Ditampal Diatas Bungkusan Barangan Kitar Semula.
Dr Al’Ashari menjelaskan, sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, anda boleh melakukan muat turun aplikasi KITARecycle dan mendaftarkan diri sebagai ahli melalui aplikasi tersebut.
“Selepas menjadi ahli, mereka akan menerima kod QR yang eksklusif. Asalkan mereka mencetak kod QR tersebut, menampalnya diatas bungkusan barangan kitar semula dan menghantarnya ke stesen kitar semula. Pekerja kami akan melaksanakan pengasingan dan juga merekod kod QR barangan yang dihantar oleh ahli”.
Tambah beliau lagi, kod QR tersebut saling berkaitan dengan aplikasi KITARecycle ahli di telefon pintar. Oleh itu, apabila kod QR diimbas, akaun ahli berdaftar akan direkodkan. Tambahan pula data jumlah kilogram sisa kitar semula, mata ganjaran dan jenis barangan kitar semula yang kerap dilakukan juga turut direkod.
Kita sedia maklum semua orang mempunyai pengetahuan asas menjaga alam sekitar, tetapi penglibatan kepada penjagaan tersebut tidak kukuh, oleh itu, kami melaksanakan sistem ganjaran bagi menggalakkan penglibatan orang ramai menjaga alam sekitar bersama-sama.
Dedikasi Dalam Menjaga Alam Sekitar Layak Menerima Ganjaran
Dr Al’Ashari menyatakan bahawa walaupun lori kutipan sentiasa melakukan kutipan setiap minggu di kawasan perumahan, sampah berskala besar dan kitar semula yang telah diasingkan oleh orang ramai serta diletakkan di hadapan rumah, beliau percaya bahawa sekiranya orang ramai memberikan sumbangan kepada bumi, mereka menerima ganjaran serta memberikan impak positif kepada penjagaan alam sekitar.
“Sekiranya orang ramai meletakkan barangan kitar semula diluar rumah, mereka perlu mengasingkannya kepada tiga kategori iaitu plastik, kertas dan lain-lain seperti aluminium, besi, kaca dan sebagainya. Ianya hanyalah pengasingan secara kasar dan tidak akan mendapat mata ganjaran. Kami akan menghantarkannya ke pusat pengumpulan dan melaksanakan pengasingan dengan lebih teliti selepas ianya dikutip. Sekiranya anda menjadi ahli KITARecycle, barangan kitar semula akan diasingkan kepada 25 jenis dan ianya dapat ditukarkan kepada mata ganjaran.
Beliau memberikan contoh pakaian lama atau produk berasaskan kain, barangan plastik, mentol dan barangan elektronik semuanya boleh dihantar ke pusat pengumpulan dan mendapat mata ganjaran seterusnya boleh ditukar kepada bentuk wang tunai.
Bagi individu, organisasi, syarikat yang berminat untuk mengadakan pertemuan dan mendapatkan maklumat berkenaan program eksklusif kod QR ini bagi menjaga alam sekitar amatlah dialu-alukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-618 0082.