Pantai Pelancongan Port Dickson Sedia 197 Tong Sampah Bagi Kitar Semula.
Sin Chew Daily – 3 March 2021
(Lukut, 02.03.21)SWM Environment Sdn Bhd meneruskan program KITARecycle sebuah program pengasingan sisa dipunca dan aktiviti kitar semula di pantai dengan meletakkan 197 pelekat di tong sampah 120 liter di sepanjang pantai Port Dickson.
Menurut kepada akiviti yang bermula sejak 2018, orang ramai hanya perlu memuat turun aplikasi KITARecycle untuk mendaftar dengan SWM Environment dan akan diberikan pelekat kod bar eksklusif. Selepas pelekat kod bar ditampal diatas bungkusan beg kitar semula, mereka akan menghantarnya ke lokasi pengumpulan. Pekerja akan membuat kutipan dan menghantarnya ke tempat pengumpulan barangan kitar semula, ahli yang berdaftar akan mengumpulkan mata ganjaran dan menebusnya dalam bentuk hadiah, kupon atau e-dompet.
Exco NS, Teo Kok Seong turut hadir ke majlis pelancaran KITARecycle aktiviti pengasingan sampah dan kitar semula menyatakannya. Promosi aktiviti di Port Dickson bukan sahaja mengelakkan pengunjung membuang sampah secara sesuka hari tetapi menjaga kebersihan pantai dengan baik dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengasingan sampah. Dalam masa yang sama, aktiviti ini digunakan untuk memberi ganjaran kepada orang ramai sebaliknya daripada menerima denda akibat membuang sampah.
Turut sama hadir Mohamed Yusof, Pengarah SWCorp dan Mohamed Zamri, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson.