PROMOSI KITARECYCLE HARI KEBANGSAAN & MALAYSIA DAY 2022

(Kitar Semula & Menangi Mata Ganjaran)

 

A. Kempen

 

Penganjur

SWM ENVIRONMENT SDN BHD 199601007862 (380208-V)

Kempen

Kitar Semula & Menangi Mata Ganjaran

Tempoh Kempen
    • Kempen ini akan berlangsung mulai 23 Ogos 2022 – 23 September 2022 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
 
    • Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat Kempen atau menukar jangka masa Tempoh Kempen dan/atau tarikh bermulanya atau berakhirnya Kempen ini tanpa sebarang notis awal kepada para Peserta. Peserta adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan tersebut.
 

 

 

BKriteria Penyertaan

 

Kelayakan
    • Kempen ini terbuka semua ahli KITARecycle yang tinggal di alamat Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
 
Kaedah Menyertai
    • Daftar sebagai ahli KITARecycle dan anda berpeluang untuk memenangi tambahan mata ganjaran sebanyak 2,000.
 
    • Kempen ini terbuka kepada ahli individu, berkumpulan, organisasi, sekolah, insitut pengajian tinggi awam & swasta dan lain-lain.
 
    • Ahli-ahli KITARecycle boleh melakukan aktiviti kitar semula mereka tanpa limit dan harus menghantar barangan tersebut di lokasi atau sangkar kitar semula yang telah ditetapkan oleh pihak SWM Environment Sdn Bhd.
  •  
    • Setiap ahli perlu memastikan segala maklumat yang didaftarkan dengan KITARecycle adalah tepat.
 
Butiran Penilaian
 
    • Pemenang dipilih berdasarkan jumlah barangan kitar semula terkumpul yang tertinggi (KG) sepanjang kempen berlangsung iaitu bermula 23 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.
 
    •          16 orang pemenang akan dipilih mengikut jumlah barangan terkumpul sepanjang kempen tersebut.

 
    • Pemenang akan dimaklumkan selepas tempoh kempen berakhir menerusi panggilan telefon atau kaedah lain yang dirasakan sesuai oleh SWM Environment.
 
    • Pemilihan pemenang adalah mengikut data yang dimasukkan di dalam rekod KITARecycle Penganjur. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen adalah muktamad dan mengikat dan konklusif. Sebarang surat-menyurat, bantahan atau cubaan untuk mempertikaikan keputusan berkenaan tidak akan dilayan.
 
    • Pemenang boleh menyemak semula jumlah mata ganjaran (Recycling Point) selepas 20 hari dari tarikh tutup promosi.
  •  

 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SWM Environment di talian 1-800-88-7472