JOM KITARecycle, JOM RAYA!

 

A. Kempen

 

Penganjur

SWM ENVIRONMENT SDN BHD 199601007862 (380208-V)

Kempen

Jom KITARecycle. Jom Raya! 

Tempoh Kempen
    • Kempen ini akan berlangsung mulai 01 April 2023 – 31 Mei 2023 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
    • Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat Kempen atau menukar jangka masa Tempoh Kempen dan/atau tarikh bermulanya atau berakhirnya Kempen ini tanpa sebarang notis awal kepada para Peserta. Peserta adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan tersebut.

 

 

BKriteria Penyertaan

 

Kelayakan
    • Kempen ini terbuka kepada semua ahli KITARecycle yang tinggal di alamat Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
    • Syarat minimum penyertaan :
      • Kategori Individu (Ahli Berdaftar) : 100kg
      • Kategori Individu (Ahli Baru) : 50kg
      • Kategori Organisasi : 300kg
Kaedah Menyertai
    • Kumpul barangan kitar semula dan tampalkan kod bar atau tulis no pendaftaran ahli KITARecycle anda pada
      plastik atau barangan kitar semula anda.
    • Bawa barangan kitar semula anda dan letakkan di sangkar KITARecycle berhampiran atau hantar ke Pusat Pandu
      KITARecycle. Sila rujuk laman sesawang http://www.swm-environment.com/ bagi lokasi sangkar KITARecycle.
Butiran Penilaian
    • Kesemua pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan melalui media sosial SWM Environment selepas 2 minggu
      kempen tamat
    • Semua RP tambahan akan dikreditkan ke dalam akaun KITARecycle pemenang bagi setiap kategori.

 

Daftar sebagai ahli KITARecycle melalui aplikasi KITARecycle di Google Play dan Apps Store sekarang dan jangan lepaskan peluang ini! 

 

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SWM Environment di talian 1-800-88-7472