Selamat Datang ke KITARecycle

SWM Environment yang telah memenangi tender Penswastaan Negara bagi Pengurusan Sisa Pepejal pada Disember 1995 dan telah dianugerahkan Konsesi untuk Wilayah Selatan Malaysia merangkumi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas 15 tahun beroperasi melalui perjanjian pengurusan interim bersama 27 pihak berkuasa tempatan, Perjanjian Konsesi akhirnya ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan setelah penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Nasional dan Pembersihan Awam 672 pada bulan September 2011.

Dibawah gegantung 3R (Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula), SWM Environment mendidik orang awam akan kepentingan kitar semula, kitar semula dengan cara yang betul termasuklah dimana mereka boleh mengitar semula; melalui ceramah dan pameran yang diadakan di sekolah, dewan, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan kawasan awam lain.

Pada 2018, SWM Environment telah memperkenalkan program kitar semula berganjarannya, KITARecycle, di ketiga-tiga negeri selatan Semenanjung Malaysia. KITARecycle menggalakkan orang ramai untuk mengitar semula dan menerima mata ganjaran untuk lebih daripada 25 jenis barangan kitar semula yang termasuk kertas, tin aluminium, plastik, sisa elektrik dan elektronik. Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus secara tunai melalui perbankan dalam talian.  Orang ramai boleh memuat turun aplikasi KITARecycle melalui Google Play . Sila layari laman web: www.kitarecycle.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

barangan apa yang boleh dikitar semula?

Klik Log Masuk Dibawah Untuk Menyemak Mata Ganjaran AndA

Klik Daftar & Mulakan Kitar Semula

aplikasi mudah alih kami