
PROMOSI KITARECYCLE RAMADAN 2022
(Kitar Semula dan Menangi Mata Ganjaran KITARecycle)
A. Kempen
Penganjur | SWM ENVIRONMENT SDN BHD 199601007862 (380208-V) |
Kempen | Kitar Semula dan Menangi Mata Ganjaran KITARecycle |
Tempoh Kempen | -
- Kempen ini akan berlangsung mulai 1 April 2022 – 30 April 2022 kecuali dimaklumkan sebaliknya.
- Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat Kempen atau menukar jangka masa Tempoh Kempen dan/atau tarikh bermulanya atau berakhirnya Kempen ini tanpa sebarang notis awal kepada para Peserta. Peserta adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan tersebut.
|
B. Kriteria Penyertaan
Kelayakan | -
- Kempen ini terbuka semua ahli KITARecycle yang tinggal di alamat Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja.
|
Kaedah Menyertai | -
- Daftar sebagai ahli KITARecycle dan anda berpeluang untuk memenangi tambahan mata ganjaran sebanyak 2,500.
- Kempen ini terbuka kepada ahli individu, berkumpulan, organisasi, sekolah, insitut pengajian tinggi awam & swasta dan lain-lain.
- Ahli-ahli KITARecycle boleh melakukan aktiviti kitar semula mereka tanpa had dan harus menghantar barangan tersebut di lokasi atau sangkar kitar semula yang telah ditetapkan oleh pihak SWM Environment Sdn Bhd.
- Setiap ahli perlu memastikan segala maklumat yang didaftarkan dengan KITARecycle adalah tepat.
|
Butiran Penilaian | - Pemenang dipilih berdasarkan jumlah barangan kitar semula terkumpul yang tertinggi (KG) sepanjang kempen berlangsung iaitu bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022.
- 8 orang pemenang akan dipilih mengikut jumlah barangan terkumpul sepanjang kempen tersebut.
- Pemenang akan dimaklumkan selepas tempoh kempen berakhir menerusi panggilan telefon/email/whatsapp atau kaedah lain yang dirasakan sesuai oleh SWM Environment.
- Pemilihan pemenang adalah mengikut data yang dimasukkan di dalam rekod KITARecycle Penganjur. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen adalah muktamad dan mengikat dan konklusif.
- Pemenang boleh menyemak semula jumlah mata ganjaran (Recycling Point) selepas 20 hari dari tarikh tutup promosi.
|
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SWM Environment di talian 1-800-88-7472